BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM200 / RM100 / RM50)

BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM200 / RM100 / RM50)

Bantuan bulanan MyKasih akan memasuki sesi baharu 2026 dan pembayaran akan disalurkan ke dalam MyKad penerima dengan kadar bayaran mengikut kategori dan kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : CARA CHECK DUIT DALAM IC : SEMAK BAKI BANTUAN SARA MYKASIH & TARIKH AKHIR BOLEH GUNA

SYARAT LAYAK BANTUAN MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN BULANAN MYKASIH 2026

Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi rumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN RASMI
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment