BILA MASUK EKASIH 2026 : CEK TARIKH & STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN DALAM IC

BILA MASUK EKASIH 2026 : CEK TARIKH & STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN DALAM IC

Program kebajikan masyarakat yang dijalankan bersama MyKasih merupakan satu inisiatif kerajaan dalam usaha membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Kerajaan telah bertungkus-lumus dalam membina satu bentuk bantuan di mana dapat meringankan beban rakyat dalam urusan perbelanjaan barangan keperluan setiap bulan.

Bilakah masuk ekasih 2026? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR SARA 2026 : BILA MULA BAYARAN BANTUAN MYKASIH MASUK KE DALAM MYKAD PENERIMA YANG LULUS – SEMAK SEKARANG

APA ITU EKASIH 2026

eKasih bukanlah bantuan atau program, namun ianya merupakan sebuah pangkalan data yang mengandungi data isi rumah ‘Miskin dan Miskin Tegar’ yang benar-benar layak untuk terima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan atau mana-mana agensi untuk program pembasmian kemiskinan.

Kerajaan menggunakan data eKasih untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik dengan kadar yang maksimum supaya penerima eKasih dapat menampung kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas setiap bulan.

KATEGORI LAYAK MASUK EKASIH 2026

Setiap kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ yang berdaftar dengan eKasih akan terima kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  • KATEGORI ‘ISI RUMAH’ :
    • eKasih: RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun.
    • Bukan eKasih : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
  • KATEGORI ‘WARGA EMAS’ :
    • eKasih: RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun.
    • Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
  • KATEGORI ‘BUJANG’ :
    • eKasih: RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
    • Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.

BILA MASUK EKASIH 2026

Tarikh bayaran eKasih (Sumbangan Asas Rahmah – SARA) 2026 bermula sekitar Januari 2026 (RM100/bulan) dan meningkat kepada RM200/bulan mulai April 2026, disalurkan melalui kad MyKasih untuk pembelian barangan asas di pasar raya, dengan semakan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi

SYARAT LAYAK MASUK EKASIH 2026

Berikut merupakan syarat layak untuk daftar Bantuan eKasih :

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di dalam Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR).
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CARA DAFTAR EKASIH 2026

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mendaftar Bantuan eKasih dengan mudah terus ke Sistem eKasih mengikut panduan yang kami sediakan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026

Ikuti cara semak status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Apa yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk perincian yang lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan di bawah :

  • Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
  • Talian Rasmi SARA : 03 7720 1800.

Leave a Comment