SEMAK STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAK STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun 2026 sebagai inisiatif bantuan tunai kerajaan kepada golongan yang layak. Bagi STR Fasa 1 2026, penerima digalakkan membuat semakan status lebih awal bagi mengetahui kelulusan, tarikh bayaran serta perancangan kewangan awal tahun. Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan.

Bagaimanakah Cara semak STR Fasa 1 2026 ? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK EKASIH 2026 : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

SYARAT LAYAK STR FASA 1 2026

Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

JUMLAH STR FASA 1 2026

STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0 anakRM700
1-2 anakRM1200
3-4 anakRM1700
5> anakRM2200

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0 anakRM200
1-2 anakRM450
3-4 anakRM700
5> anakRM950

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM(RM)
< RM5000RM600

CARA SEMAK STR FASA 1 2026

Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA PENYALURAN BANTUAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dijadualkan akan di agihkan pada 20 Januari 2026 secara pengkreditan kedalam akaun penerima yang layak atau bayaran tunai bagi yang tidak mempunyai akaun di Bank Simpanan Nasional.

INFO TAMBAHAN

STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.

SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.

SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SOALAN LAZIM (STR FASA 1)

  • Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
    • Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
  • Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
    • Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
  • Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
    • Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
  • Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
    • Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
  • Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
    • Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment