CARA PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025 (PANDUAN LENGKAP)
Kad Perak Sejahtera yang dulu dikenali sebagai Kad Perak Prihatin merupakan program bantuan di bawah Seliaan Program Perak prihatin, Program ini di cipta oleh Kerajaan Negeri Perak meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan nasib rakyat negeri Perak sentiasa dipelihara serta bertambah baik dari masa ke masa dan pada tahun 2025 kerajaan Negeri Perak lebih komited dalam menaikkan kesejahteraan Rakyatnya.
Bagaimanakah cara permohonan Perak Prihatin? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : REGISTER KAD PERAK SEJAHTERA : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN
APA ITU PERAK PRIHATIN?
Perak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40 yang dijalankan oleh kerajaan negeri tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup kumpulan ini, melalui bantuan kewangan.
Di bawah program ini, penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka.
Pada tahun 2025 ini, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.
CARA SEMAKAN PERMOHONAN PERAK PRIHATIN 2025
Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :
- Bantuan Kad perak Prihatin

MANFAAT PROGRAM KAD PERAK PRIHATIN
Berikut merupakan manfaat yang diberikan oleh kad Perak Prihatin :
- Bermula Januari 2024, kesemua pemegang Kad Perak Sejahtera akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad ini.
- Manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari, tahun 2024.
CARA PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut:
- BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN (SEJAHTERA)
CARA KEGUNAAN KAD PERAK PRIHATIN
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
SENARAI BARANGAN LULUS PROGRAM PERAK PRIHATIN 2025
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]
kad perak prihatin dibawah jabatan mana atau agensi apa ?
saya seorang ibu tunggal 18yrs..but tahun ni sy x dapat kad perak..bagaimana nak sy buat permohoban kad perak…
sy ibu tunggal tak dapat kad perak..bagaima utk sy dapat kan yea..tksih