SEMAK TEMPAT UNDI 2026 : MELALUI MYKAD ATAU IC

SEMAK TEMPAT UNDI 2026 : MELALUI MYKAD ATAU IC

Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Pengundi yang berkelayakan boleh menyemak cara tempat mengundi mengunakan cara online sahaja.

Bagaimanakah Cara semak tempat mengundi 2026? Ikuti cara semakan dibawah.

BACA JUGA : STR ONLINE : SEMAKAN FASA 1 2026

APA ITU MYSPR 2026

Aplikasi MySPR Semak dibangunkan sebagai platform semakan berpusat yang membolehkan pengguna menyemak maklumat berkaitan status daftar pemilih, mengenal pasti calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya, serta melihat keputusan bagi setiap pilihan raya yang sedang berlangsung atau telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

SYARAT LAYAK SEMAK TEMPAT UNDI 2026

Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

CARA SEMAK TEMPAT UNDI 2026

Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

KENAPA PERLU MEMBUAT SEMAKAN AWAL

Ramai pengundi hanya membuat semakan ketika hampir hari mengundi, sedangkan perubahan tempat mengundi boleh berlaku tanpa disedari. Oleh itu, semak SPR lebih awal amat disarankan :

  • Mengelakkan kekeliruan pada hari mengundi
  • Mengelakkan pergi ke lokasi mengundi yang salah
  • Memastikan nama masih tersenarai sebagai pengundi sah.

MASALAH KETIKA MEMBUAT SEMAKAN TEMPAT UNDI

Antara masalah yang sering dihadapi pengguna ketika membuat SPR semak secara online termasuk:

  • Rekod pengundi tidak dijumpai
  • Maklumat belum dikemas kini
  • Laman web perlahan ketika waktu puncak

Jika masalah berterusan, cuba buat semakan pada waktu lain atau hubungi terus pihak SPR untuk bantuan lanjut.

SOALAN LAZIM (SPR TEMPAT UNDI 2026)

  1. Adakah semakan tempat mengundi boleh dibuat tanpa daftar MySPR?
    • Ya, semakan boleh dibuat terus menggunakan nombor MyKad tanpa perlu mendaftar akaun MySPR.
  2. Bolehkah saya semak tempat mengundi bagi ahli keluarga?
    • Boleh, asalkan anda mempunyai nombor MyKad individu tersebut.
  3. Adakah tempat mengundi boleh berubah setiap tahun?
    • Ya, perubahan boleh berlaku bergantung kepada persempadanan semula atau pemindahan pusat mengundi.
  4. Kenapa rekod pengundi saya tidak dijumpai?
    • Ini mungkin disebabkan maklumat belum dikemas kini atau terdapat kesilapan nombor MyKad yang dimasukkan.
  5. Perlu ke buat semakan jika saya tidak berpindah rumah?
    • Ya, semakan tetap disarankan kerana perubahan tempat mengundi tidak semestinya berkait dengan alamat rumah.
  6. Adakah semakan MySPR Semak dikenakan bayaran?
    • Tidak. Semua semakan melalui portal rasmi SPR adalah percuma.

RUJUKAN

Jika anda menghadapi masalah atau ingin membuat pertanyaan mengenai semakan tempat mengundi, daftar pengundi, atau aduan lain, anda boleh menghubungi SPR melalui talian rasmi berikut:

Leave a Comment