SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 : BAYARAN RM100 DALAM MYKAD UNTUK SEMUA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 : BAYARAN RM100 DALAM MYKAD UNTUK SEMUA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

Terkini! Untuk meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia, dan sebagai persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina, Kerajaan menyediakan bantuan tanpa tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan SARA ONE OFF 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SARA UNTUK SEMUA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK KE TIDAK

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :

KRITERIAKELAYAKAN
Status WarganegaraWarganegara Malaysia
Umur18 tahun ke atas

Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

JUMLAH DAN TARIKH SARA ONE OFF 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 seperti berikut :

SYARAT KELAYAKANJUMLAH BANTUAN (RM)TARIKH PEMBAYARAN
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatasRM100 (one off)9 Februari 2026

Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.

CARA SARA ONE OFF DIAGIHKAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :

  • Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima.

SEMAKAN SARA ONE OFF 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
NAMA PROGRAMSARA untuk semua (SARA One Off)
STATUSLayak
TARIKH PROGRAM BERMULA09/02/2026
TARIKH PROGRAM BERAKHIR31/12/2026
BAKI (RM)RM100.00

SEMAK BARANGAN SARA ONE OFF

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment