CHECK RESULT UPKK : CARA SEMAK KEPUTUSAN UPKK 2025/2026 ONLINE

CHECK RESULT UPKK : CARA SEMAK KEPUTUSAN UPKK 2025/2026 ONLINE

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan peperiksaan penting bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Di bawah kelolaanJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), peperiksaan ini menilai kemahiran dan kebolehan pelajar dalam aspek pembacaan, hafazan dan amalan hidup mengikut ajaran Islam.

Bagaimanakah cara Check result UPKK 2026? Ikuti info lanjut disini sekarang.

BACA JUGA : RESULT UPKK 2025 BILA KELUAR : TARIKH RASMI & CARA SEMAK KEPUTUSAN ONLINE

APA ITU UPKK

UPKK menguji keupayaan murid dalam pelbagai aspek ilmu agama termasuk akidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi. Melalui ujian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap kefahaman dan amalan murid terhadap ajaran Islam.

Keputusan UPKKyang cemerlang sering kali menjadi salah satu syarat utama kepada pemilihan dan kemasukan murid ke sekolah menengah agama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mahupun Maahad Tahfiz.

CARA CHECK RESULT UPKK

Terdapat dua kaedah utama yang boleh digunakan untuk menyemak rumusan keputusan UPKK 2025 iaitu secara dalam talian dan melalui SMS. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  • Semakan Secara Online
    • Calon boleh mengakses Sistem semakan SIMPENI yang disediakan oleh JAKIM. Pastikan anda melayari laman web rasmi ini pada tarikh pengumuman keputusan.
  • Semakan Melalui SMS
    • Bagi mendapatkan keputusan melalui SMS, calon perlu menghantar SMS dengan format ditetapkan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
      • Taip: UPKK (jarak) No MYKIDdan hantar SMS ke 15888
      • Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888
  • Slip Keputusan Di Sekolah
    • Calon-calon juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada tarikh sepertimana diumumkan.

TARIKH SEMAKAN RESULT UPKK

Tarikh keputusan UPKK 2024 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.

SOALAN LAZIM TENTANG UPKK

Bilakah keputusan UPKK 2025 akan diumumkan?

Keputusan akan diumumkan pada 26 Februari jam 10.00 pagi, tetapi semakan online boleh dibuat mulai 26 Februari 2026 (Khamis), bermula jam 12.00 tengah hari.

Bagaimana semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA boleh dibuat?

Ia boleh disemak di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

Adakah perlu ambil UPKK jika nak masuk asrama?

Tidak semestinya. Tetapi ia boleh dijadikan sokongan untuk kemasukan ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi :



Leave a Comment