PSKR 2026 : SEMAKAN STATUS PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1
Program bantuan tunai bulanan / berfasa kepada rakyat di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Semakan status SYUKUR Sabah 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat ATAU PADANS Sabah (Pangkalan Data Utama Negeri Sabah).
Bagaimanakah cara semakan PSKR 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : CEK PLKN 2026 : SEMAK NAMA PESERTA ONLINE SESI 2/2026
PENGENALAN PSKR 2026
SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN PSKR 2026
Bagi melayakan diri untuk menerima bantuan dibawah Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh menyemak kategori yang diberikan seperti berikut :
SYARAT UMUM :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
Tambahan kriteria :
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
MANFAAT SYUKUR SABAH 2026
Antara kelebihan bagi penerima Syukur 2026 adalah seperti berikut :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
CARA AGIHAN BANTUAN PSKR 2026
Kaedah yang digunakan untuk menagihkan bantuan ini adalah seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
CHECK STATUS PSKR 2026
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
SEMAKAN DILAMAN RASMI PADANS :
- Layari laman Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) akan dipaparkan.
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SEMAKAN DI LAMAN RASMI SYUKUR :
- Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi di sini : https://sukur.sabah.gov.my/.
- Halaman semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) PSKR 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:
Berapa jumlah bayaran SYUKUR Sabah?
Kadar bayaran adalah RM300 Setiap Bulan. Namun, pembayaran dilakukan secara berfasa sebanyak RM900 (setiap fasa), bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak (RM300 + RM300 + RM300 = RM900).
Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]