MY STR SEMAK STATUS BAYARAN FASA 2 2026

MY STR SEMAK STATUS BAYARAN FASA 2 2026

Bagi membantu meringankan bebanan rakyat khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, Kerajaan akan menyalurkan bantuan seperti Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) berperingkat.

Bagaimanakah Semakan MY STR status bayaran? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY SARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULAN MAC

NILAI MY STR SEMAK STATUS BAYARAN

Nilai bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah dianggarkan bermula RM100 sehingga RM500. Setiap penerima akan terima nilai bayaran yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan B40
(Bawah RM2,500)
RM200 hingga RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah Pendapatan M40
(RM2,501 – RM5,000)
RM100 hingga RM250
(tertakluk jumlah anak)
Warga Emas Tiada Pasangan
(Pendapatan Bawah RM5,000)
RM150
(setiap individu)

SYARAT LAYAK MY STR 2026

Syarat kelayakan STR Fasa 2 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian:Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

CARA AGIHAN MY STR SEMAK STATUS

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

CARA MY STR SEMAK STATUS BAYARAN

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
  11. Status Permohonan STR;
  12. Jumlah Telah Dibayar;
  13. Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
  14. Status Kelayakan SARA;
  15. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  16. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]


Leave a Comment