PERMOHONAN SKAS 2026 : PANDUAN CARA MOHON SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Berita baik buat semua rakyat Sarawak, bantuan negeri Sarawak yang diberi nama Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di yakini akan dapat membantu sebanyak mungkin warga Sarawak yang berkelayakan bagi menampung kos kenaikan harga runcit masa kini.
Bagimanakah Cara Permohonan SKAS 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN 2026 STATUS KELAYAKAN PENERIMA
PENGENALAN SKAS 2026
SKAS ialah bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) bagi membeli barangan makanan asas.
TARIKH AGIHAN PERMOHONAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac ini menerusi platform SPay Global.
SYARAT LAYAK PERMOHONAN SKAS 2026
Antara syarat yang melayakkan penerima menerima bantuan SKAS adalah seperti berikut :
KRITERIA UMUM :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus âKâ.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Kini.
KATEGORI PENERIMA :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
AMAUN BAYARAN SKAS 2026
Jumlah bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM950 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM316 setiap fasa)
- Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM300 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM100 setiap fasa)
- Penerima kategori warga emas tanpa pasangan / anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM500 setahun. (Dibayar dalam 3 fasa, bermaksud RM166 setiap fasa).
SEMAK PERMOHONAN SKAS 2026
Cara untuk menyemak permohonan dan semakan status boleh dilakukan seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Check Eligibility]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran Sarawak ID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS 2026
Antara soalan yang selalu diajukan oleh penerima bantuan SKAS asalah seperti berikut :
- Adakah Bantuan SKAS Sarawak boleh ditunaikan dari e-Wallet S Pay Global?
- Bantuan SKAS tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan penerima perlu membeli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
- Bilakah Bantuan SKAS Sarawak dikreditkan dalam akaun e-Wallet S Pay Global?
- Bermula 10 Mac 2026 dan tuntutan seterusnya boleh dibuat pada bila-bila masa.
- Berapa kali bantuan SKAS di agihkan?
- Bantuan akan disalurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.
- Berapakah jumlah Bantuan SKAS Sarawak yang dikreditkan kepada golongan bujang?
- Golongan bujang layak terima Bantuan SKAS Sarawak sebayak RM300.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak/
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my/