TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI – SEMAK BILA 1 SYAWAL 2026
Media sosial membangkitkan persoalan yang kita mungkin akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 lebih awal sehari berbanding tarikh jangkaan dalam kalendar JAKIM.
Bilakah tarikh hari raya aidilfitri 2026? Semak disini sekarang sehingga akhir.
BACA JUGA : CEK STR FASA 2 : BAYARAN & STATUS KELULUSAN
KENAPA PENTING TAHU TARIKH HARI RAYA 2026
Setiap kali hampir kedatangan Raya, ramai warga Malaysia merancang balik kampung, cuti sekolah anak, tempahan tiket, atau kerja & percutian. ini sebab kenapa anda perlu tahu tarikh raya 2026:
- Rancang perjalanan balik kampung
- Tempah tiket awal (bas / kereta / kapal terbang)
- Rancang belanja Raya, pertemuan keluarga, persiapan rumah
- Sediakan cuti bersama keluarga / kawan
- Elak kesesakan jalan raya & harga tiket naik
PENENTUAN HARI RAYA 2026
Berikut adalah penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti berikut :
Jabatan Mufti Negeri Selangor mengambil maklum bahawa Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) iaitu sebuah institusi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menjalankan penyelidikan angkasa lepas dan cerapan astronomi dan beberapa buah negara Arab lain telah mengumumkan tarikh jangkaan 1 Syawwal 1447H adalah pada hari Jumaat 20 Mac 2026. Jabatan ini juga mengambil maklum bahawa permulaan puasa iaitu 1 Ramadhan bagi negara-negara Arab tersebut adalah pada hari Rabu 18 Februari 2026. Ini bermakna masyarakat Islam di negara-negara Arab yang berkaitan akan berpuasa Ramadhan selama 30 hari.
CARA CEK TARIKH HARI RAYA 2026
Berikut merupakan cara yang digunakan untuk mencari tahu hari raya 2026 :
Permulaan puasa bagi umat Islam di negara-negara Arab pada tahun ini adalah berbeza dengan permulaan puasa di Malaysia termasuk Selangor kerana tarikh 1 Ramadhan ditetapkan pada hari Khamis 19 Februari 2026. Dalam hal ini, Malaysia mengguna pakai kriteria imkan al-ru’yah
(kebolehnampakan) hilal (anak bulan) dalam menentukan awal bulan Islam termasuk bulan Ramadhan dan Syawwal, melalui proses cerapan hilal (anak bulan) yang dilakukan pada hari ke- 29 pada bulan Sya’ban atau Ramadhan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
- Kriteria imkan ar-ru’yah menetapkan bahawa hilal (anak bulan) dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
- Tinggi anak bulan tidak kurang daripada 3 darjah ketika matahari terbenam, dan ii. Jarak lengkung (elongasi) matahari-bulan tidak kurang daripada 6.4 darjah.
TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1447H / 2026M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026.
| TAHUN | TARIKH | HARI | CUTI | NEGERI |
|---|---|---|---|---|
| 2026 | 21 Mac | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
| 2026 | 22 Mac | Ahad | Hari Raya Aidilfitri ke 2 | Semua Negeri |
| 2026 | 23 Mac | Isnin | Hari Raya Aidilfitri Hari Ketiga & Hari Keputeraan Sultan Johor | Melaka & Johor |
RUJUKAN
Bagi anda yang memerlukan maklumat yang lebih lanjut dan sahih, anda boleh menyemak secara lanjut di laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Masing-masing ataupun terus sahaja menghubungi badan Agama kerajaan untuk lebih lagi.