KUOTA BUDI RON95 – SEMAK BAKI & CARA GUNA YANG BETUL

KUOTA BUDI RON95 – SEMAK BAKI & CARA GUNA YANG BETUL

BUDI MADANI RON95 atau ringkasnya BUDI95 diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif penyasaran subsidi minyak petrol RON95 yang mana rakyat yang layak boleh mengisi minyak dengan harga paling murah iaitu RM1.99 seliter. Subsidi BUDI95 hanya disasarkan kepada 16 juta rakyat sahaja bagi mengelakkan pembaziran subsidi.

Bagaimanakah Cara Semak Kuota Budi Ron95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH ONLINE 2026

APA ITU BUDI RON95

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.

SYARAT LAYAK BUDI RON95

Antara syarat kelayakan yang melayakan diri untuk menerima bantuan Budi Ron95 adalah seperti berikut :

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
  • Had penggunaan 200 liter sebulan untuk setiap individu

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

HARGA RON95 TANPA SUBSIDI

Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM3.87 seliter.

CARA GUNA BUDI RON95

Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk mengunakan Budi Ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

CARA SEMAK KUOTA BUDI RON95

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM BUDI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  • Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
    • Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
  • Bagaimana semakan status kelayakan?
    • Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
  • Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
    • Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 200 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
  • Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
    • Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment