SEMAK BAKI BUDI95 – BERAPA KUOTA LITER YANG ADA 2026
Rakyat Malaysia kini boleh mula membuat semakan status kelayakan bagi pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pengguna memperoleh akses subsidi secara lebih tepat sasaran sambil mengurangkan pembaziran.
Bagaimanakah Cara Semak Baki BUDI95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN MYSALAM 2026 – SEMAK KELAYAKAN & CARA TUNTUT BAYARAN
SEBAB ADA BUDI95
BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
SYARAT LAYAK SEMAK BAKI BUDI95
Antara syarat yang melayakkan diri anda menjadi penerima bantuan Budi95 adalah seperti berikut :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
- Had penggunaan 200 liter sebulan untuk setiap individu
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
KAEDAH GUNA BUDI95
Berikut adalah cara untuk menebus bantuan Budi95 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI BUDI95
Anda boleh mengunakan cara berikut untuk menyemak baki sedia ada di dalam Budi95 :
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
TIPS GUNA BUDI95
- Pastikan Mykad anda dalam keadaan baik.
- Semak baki penggunaan setiap liter petrol RON95 bersubsidi secara berkala melalui portal BUDI MADANI RON95 atau aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron dan e-dompet (Touch ‘n Go eWallet) untuk merancang penggunaan harian anda.
- Jika anda memandu untuk perkhidmatan e-hailing, pertimbangkan keperluan kuota tambahan sebelum tarikh bulan berlalu untuk mengelakkan kekurangan subsidi.
- Simpan resit transaksi sebagai bukti pembelian dan peruntukan subsidi bagi rujukan jika diperlukan di masa hadapan.
SOALAN LAZIM (FAQ) BAKI BUDI95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
- Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
- Bagaimana semakan status kelayakan?
- Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
- Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
- Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 200 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
- Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
- Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/