SEMAKAN E BANTUAN JKM 2026 – SENARAI & STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Sekitar RM3.1 billion diperuntukan untuk diagihkan melalui Bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) melalui pelbagai bentuk bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang memerlukan sokongan kewangan.
Bagaimanakah semakan Ebantuan JKM 2026? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAKI BUDI95 – BERAPA KUOTA LITER YANG ADA 2026
PENGENALAN E BANTUAN JKM
eBantuan JKM adalah merupakan sistem / portal dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan orang ramai untuk memohon dan menyemak status kelayakan bayaran bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus.
Bantuan JKM pula adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu menyokong kewangan rakyat yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu/ bapa tunggal, keluarga miskin atau yang memerlukan bantuan kewangan.
SENARAI BANTUAN JKM 2026
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan beberapa jenis bantuan tunai yang dibayar secara bulanan dan sekaligus mengikut keperluan penerima. Antara bantuan yang disediakan adalah :
- Bantuan JKM Secara Bulanan :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK).
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
- Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
- Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT).
- Bantuan Warga Emas (BWE).
- Bantuan Am Persekutuan (BA).
- Bantuan Anak Pelihara (BAP).
- Bantuan Latihan Perantis (BLP).
- Bantuan JKM Secara Sekaligus :
- Geran Pelancaran.
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan.
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
CARA SEMAKAN E BANTUAN JKM
Bagi yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan Bulanan JKM, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status penerima Bantuan Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk mudahkan carian pengguna. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Bulanan JKM, sila rujuk pihak berwajib JKM seperti berikut :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045