BORANG PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN ONLINE PROGRAM BANTUAN 2025
Bagi meringankan beban rakyat dan juga menampung beban dalam kewangan, Kerajaan Negeri Perak telah menubuhkan Program yang diberi nama Kad Perak Sejahtera dan telah di beri nama baharu iaitu Kad Perak Prihatin pada tahun 2025, justeru itu bantuan ini memungkinkan Negeri Perak ke arah kesejahteraan yang lebih baik di masa hadapan.
BACA JUGA : KAD PERAK SEJAHTERA PDF : PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN ONLINE
CARA SEMAKAN BORANG PERMOHONAN KAD PERAK SEJAHTERA
Semakan kelayakan bantuan perak yang diberi nama Kad Perak Sejahtera boleh dilakukan seperti berikut :
- Bantuan Kad perak Prihatin
MANFAAT PROGRAM KAD PERAK SEJAHTERA
Berikut merupakan manfaat yang diberikan oleh kad Perak Prihatin :
- Bermula Januari 2024, kesemua pemegang Kad Perak Sejahtera akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM100 sebulan, bersamaan dengan RM1,200 setahun bagi setiap pemilik kad
- Manfaat kesihatan pula telah dimansuhkan sepenuhnya juga bermula pada bulan Januari, tahun 2024.
KAEDAH PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN
Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut:
- BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN (SEJAHTERA)
CARA KEGUNAAN KAD PERAK SEJAHTERA
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
SENARAI BARANGAN LULUS KAD PERAK PRIHATIN
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak sejahtera adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]