SEMAK KELAYAKAN MYKASIH PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN DALAM IC

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN DALAM IC

Walaupun Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan sejak bulan Januari, namun masih ada segelintir penerima yang tidak mengetahui bahawa mereka menerima bayaran dalam IC dan layak untuk menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara semak kelayakan MyKasih? Rujuk panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR BAYARAN SARA BULANAN 2026 : SETIAP KATEGORI

SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH BELI GUNA IC

Kini, terdapat 15 kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan IC masing-masing, antaranya adalah :

  • Beras.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Telur.
  • Makanan sejuk beku.
  • Mi segera.
  • Biskut.
  • Roti.
  • Bahan perasa.
  • Makanan dalam tin.
  • Minuman.
  • Produk penjagaan diri.
  • Ubat-ubatan.
  • Produk kebersihan rumah.
  • Barang persekolahan.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima MyKasih bayaran setiap bulan dalam IC :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).

JUMLAH BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN

Jumlah bayaran MyKasih dalam IC setiap bulan adalah mengikut kepada kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
MYKASIH
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 setiap bulan
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 setiap bulan
Bujang
Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 setiap bulan
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
Bujang
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN MYKASIH SETIAP BULAN

Setiap bulan penerima yang layak akan terima bayaran MyKasih dalam IC mengikut tarikh dan hari seperti berikut :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat).
  • 01/02/2026 (Ahad).
  • 01/03/2026 (Ahad).
  • 01/04/2026 (Rabu).
  • 01/05/2026 (Jumaat).
  • 01/06/2026 (Isnin).
  • 01/07/2026 (Rabu).
  • 01/08/2026 (Sabtu).
  • 01/09/2026 (Selasa).
  • 01/10/2026 (Khamis).
  • 01/11/2026 (Ahad).
  • 01/12/2026 (Selasa).

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH

Kelayakan sebagai penerima bayaran MyKasih setiap bulan boleh disemak secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi MyKasih – https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Pada Portal Rasmi MyKasih, scroll sedikit ke bawah.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor IC anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900510112345.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima MyKasih akan dipaparkan “Layak” atau “Tidak Layak”.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment