RESEPI NASI AYAM SIMPLE CHE NOM
Resepi Nasi Ayam sangat sedap dan mudah untuk dimasak, sesuai sangat dihidangkan untuk majlis-majlis yang tertentu. Sangat berbaloi bagi sesiapa yang ingin belajar cara memasak walaupun sukar dan mengunakan banyak bahan jangan risau dan takut untuk menyediakan hidangan ini kerana resepi ini telah diolah bagi memudahkan anda untuk memasak dengan mudah.
Bagaimanakah Cara Resepi Nasi Ayam Simple? Ikuti step disini sehingga akhir.
BACA JUGA : PENDAFTARAN KAD PERAK SEJAHTERA 2025 ONLINE
TIPS RESEPI NASI AYAM SIMPLE
Satu tip yang dikongsikan Che’ Nom sekiranya anda ingin menyediakan hidangan ini kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah adalah untu majlis-majlis tertentu untuk kuantiti yang agak banyak . Anda boleh menyediakan sos dan kuah kicap satu hari sebelum majlis. Ini boleh menjimatkan masa kerana pada hari majlis anda boleh menumpukan masa untuk menyediakan nasi dan ayam, kerana proses penyediaan nasi dan ayam mengambil masa yang agak lama.
Untuk ayam pula, ayam bersaiz kecil atau sederhana lebih susuai kerana lebih garing dan kurang berlemak. Ayam yang diperap bolehlah digoreng sebaik sahaja tetamu sampai kerumah kerana ianya lebih sedap dihidangkan panas-panas dan masih garing. Selamat mencuba!.
BUTIRAN MASAKAN SIMPLE
Untuk memulakan masakan, korang perlu tahu butiran seperti berikut :
- Masa penyediaan masakan ialah 35 minit.
- Masa memasak 1 jam
- Jumlah masa yang diperlukan untuk memasakan satu hidangan ialah 1 jam 35 minit.
- Hidangan yang dibuat adalah untuk 8 orang, jika ramai boleh lebihkan bahan masakan.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASAK
Pastikan bahan yang diperlukan adalah lengkap seperti berikut :
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- Bahan Untuk Ayam (Direbus)
- 1 ekor ayam dipotong 8
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
- 2 cm halia, ditumbuk halus
- 1 kiub ayam
- Bahan Untuk Ayam (Diperap)
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 cm halia, ditumbuk halus
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
- 1 sudu besar kicap cair
- Sedikit madu untuk sapuan
- Bahan Untuk Nasi
- 3 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu besar butter
- 1 cm halia ditumbuk halus
- 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
- Sedikit garam
- 2 bunga lawang*
- 4 buah pelaga*
- 1 kayu manis*
- 1 batang serai ketuk
- 2 helai daun pandan
- Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
- Bahan Untuk Sos
- 5 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- Bahan Untuk Sup
- Air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar, dikisar
- Rempah sup bunjut
- Garam
- Daun sup dan daun bawang yg dihiris
- Bahan Untuk Kuah Kicap
- Sedikit garam
- Kuah kicap perapan ayam di atas
- Kicap manis cap kipas udang
- Air rebusan ayam
CARA MEMASAK NASI AYAM SIMPLE
Ramai yang ingat membuat nasi ayam susah, membuat nasi ayam adalah semudah seperti berikut :
UNTUK MEMASAK AYAM
- Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
- Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
- Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
- Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
UNTUK MEMASAK NASI
- Basuh beras dan tos air.
- Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
CARA MEMASAK SUP
- Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
MASAK SOS DAN JUGA KUAH KICAP
- SOS
- Kisarkan semua bahan di atas.
- Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
- KUAH KICAP
- Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
PETUA DAN PANDUAN
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila direbus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
RUJUKAN
Segala butiran dan resepi yang di kongsikan adalah daripada :
- ResepiCheNom
- Facebook CheNom : ResepiCheNom/Facebook
- Tiktok CheNom : CheNomOfficial/Tiktok