BAKI SARA ONE OFF : SEMAKAN ONLINE 2025
Kemudahan yang disediakan kepada penerima Bantuan SARA untuk menyemak baki yang ada secara percuma melalui aplikasi mudah alih serta kaunter dan kiosk yang berhampiran supaya dapat memudahkan penerima.
Bagaimanakah semak baki sara one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SARA ONE OFF : ONLINE 2025
SEMAKAN BAKI SARA ONE OFF
Terdapat tiga (3) cara mudah untuk menyemak baki bayaran Bantuan SARA One-off :
Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Check Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SYARAT PENERIMA SARA ONE OFF
Bantuan SARA one-off khas untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
*Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana ianya dikreditkan secara automatik kepada yang layak.
CARA SEMAK STATUS BAKI SARA ONE OFF
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima SARA One-off, ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off kan dipaparkan.
- Selesai.
*Semakan dibuka bermula 21 Ogos 2025 (Khamis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]