SEMAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS 2025

SEMAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 ialah satu usaha daripada kerajaan negeri. Tujuannya adalah untuk meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah dalam mendapatkan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, dan tepung. Bantuan ini disalurkan melalui baucar digital menerusi aplikasi S PAY GLOBAL.

Bagaimanakah semakan permohonan skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN BUDI MADANI RON95 : CARA BELI SUBSIDI MINYAK PETROL GUNA MYKAD & SETEL PETRONAS

APA ITU SKAS SARAWAK?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan tunai khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat nya yang terdiri daripada golongan B40 bertujuan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pemberian kewangan.

SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK 2025

Kelayakan Bantuan SKAS Sarawak adalah seperti berikut :

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

KATEGORI PENERIMA SKAS SARAWAK

Kategori penerima yang layak adalah seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Tiada had umur.
  2. Kategori Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  3. Kategori Warga Emas
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2025

Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini : https://sarawak.gov.my/
  2. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  3. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
  4. Klik [My Individual Account].
  5. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
  6. Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
  7. Selesai.

JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK

Amaun bantuan SKAS Sarawak adalah seperti berikut :

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
  • Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK

Berikut adalah soalan yang selalu diajukan oleh penerima Skas Sarawak:

  1. Siapa yang layak menerima SKAS?
    • Golongan B40 di Sarawak termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah.
  2. Bagaimana cara semak SKAS Sarawak?
    • Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad melalui portal rasmi SKAS.
  3. Adakah SKAS sama dengan STR?
    • Tidak. STR ialah bantuan kerajaan persekutuan, manakala SKAS khusus untuk rakyat Sarawak.
  4. Bilakah tarikh bayaran SKAS 2025?
    • Dijangka bermula pada 2025 mengikut jadual yang diumumkan kerajaan negeri.
  5. Berapa jumlah maksimum bantuan SKAS?
    • Jumlah tertinggi adalah RM800 bagi kategori isi rumah.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment