BANTUAN RM100 DALAM MYKAD : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RM100 DALAM MYKAD : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pada pengumuman penghargaan 2025, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.

Bagaimanakah bantuan rm100 dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONE OFF 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN RM100 DALAM MYKAD

SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara. Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara , contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain.

SEMAK STATUS PENERIMA RM100 DALAM MYKAD

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKN DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  • Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  • Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment