SEMAKAN SARA ONE OFF 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN SARA ONE OFF 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan, pihak Kerajaan MADANI akan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa termasuk penerima sedia ada.

Bagaimanakah semakan SARA one off ? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : CHECK ONLINE

APA ITU SARA ONE OFF 2025

Antara pengumuman yang dinanti-nantikan adalah bantuan one‑off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ini merupakan kali pertama bantuan tunai disalurkan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun secara menyeluruh melalui MyKad.

KRITERIA PENERIMA SARA ONE OFF 2025

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang MyKad;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH KREDIT SEMAKAN SARA ONE OFF 2025

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off adalah bertarikh pada :

  • 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025

CARA PENYALURAN SARA ONE-OFF 2025

Semua 22 juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima kredit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan cara yang sama, iaitu melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang boleh dibelanjakan di kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

SEMAKAN BARANGAN SARA ONE-OFF 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara one-off khas untuk digunakan bagi pembelian barangan berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

*NOTA : Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar Bantuan RM100.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment