BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN ONLINE
Barangan keperluan asas di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan, membolehkan penerima menikmati lebih banyak pilihan barangan bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Bagaimanakah semakan bantuan sara rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH : 2025 ONLINE
APA ITU SARA
Sumbangan Asas Rahmah 2025, adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih.Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, barang sekolah, dan keperluan kebersihan diri.Bantuan ini disalurkan melalui sistem MyKasih, di mana dana dikreditkan ke MyKad penerima.
SIAPA LAYAK BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
SEMAK STATUS LAYAK BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH :
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN DI PORTAL MYSTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan membolehkan penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
KATEGORI BARANG BANTUAN SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]