SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH : 2025 ONLINE
Bantuan kewangan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat Sabah akan memanfaatkan hampir 100,000 rakyat miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih di Negeri tersebut.
Bagaimanakah semakan bantuan sentuhan kasih? Ikuti info lanjut disini disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN ONLINE
APA ITU BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025, juga dikenali sebagai SYUKUR, adalah inisiatif kerajaan negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar.Program ini menyediakan bantuan tunai bulanan RM300 kepada ketua isi rumah (KIR) yang layak untuk tempoh satu tahun, bertujuan meringankan beban kewangan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
SEMAK TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN SABAH
Objektif utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
SIAPA YANG LAYAK BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAK STATUS LAYAK BANTUAN SENTUHAN KASIH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KADAR BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
| FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
|---|---|
| FASA KEDUA (2) | RM900 |
Penyaluran Fasa 2 kepada penerima adalah sebanyak RM900, meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak yang mana bayaran tersebut adalah gabungan daripada bulan April RM300, Mei RM300 dan Jun RM300.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
- Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat:https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel :[email protected]