BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN ONLINE

BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN ONLINE

Sumbangan Asas Rahmah merupakan satu bentuk bantuan bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah.Bantuan ini diberikan secara bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas melalui kerjasama dengan platform runcit tempatan seperti MyKasih Foundation.

Bagaimanakah cara semak bantuan sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : PEMBAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN

APA ITU BANTUAN SARA RAHMAH

SARA ialah singkatan kepadaSumbangan Asas Rahmah, sebuah inisiatif dibawah STR 2025 yang bertujuan menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan makanan asas kepada golongan B40. Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, sebaliknya penerima layak akan menerima elaun RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200) melalui sistem MyKasih.

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA SUMBANGAN SARA 2025

Berikut adalah syarat kelayakan asas untuk menerima SARA:

  • Penerima yang telah lulus STR 2025 dalam kategori Isi Rumah Miskin Tegar dan Miskin.
  • Data pendapatan dirujuk melalui data eKasih dan sistem e-Kasih dikemaskini
  • Penerima mestilah warganegara Malaysia dan tinggal di dalam negara.

TARIKH BAYARAN SARA RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada 5.4 juta penerima sedia ada dibayar pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15 Januari 2025 (Rabu)
  • 01 Februari 2025 (Sabtu)
  • 01 Mac 2025 (Sabtu)
  • 01 April 2025 (Selasa)
  • 01 Mei 2025 (Khamis)
  • 01 Jun 2025 (Ahad)
  • 01 Julai 2025 (Selasa)
  • 01 Ogos 2025 (Jumaat)
  • 01 September 2025 (Isnin)
  • 01 Oktober 2025 (Rabu)
  • 01 November 2025 (Sabtu)
  • 01 Disember 2025 (Isnin)

*Pembayaran secara one-off kepada rakyat dewasa Malaysia akan mula dibayar pada 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

CARA BAYARAN SARA RAHMAH 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) MyKasih dibayar secara tanpa tunai (cashless) menerusi Kad Pengenalan (MyKad) dan setiap penerima perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas pada bila-bila masa mengikut jumlah yang disalurkan.

CARA SEMAK SARA 2025

Semakan Sumbangan Asas rahmah boleh disemak seperti berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment