PEMBAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima yang layak, termasuk penerima baharu atau penerima sedia ada, dengan jumlah bayaran berdasarkan kategori kelayakan penerima.
Bagaimanakah pembayaran str fasa 3? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : STR 2025 SEMAKAN : FASA 3 ONLINE
APA ITU STR FASA 3
STR, atau Sumbangan Tunai Rahmah, adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
KATEGORI LAYAK PEMBAYARAN STR FASA 3
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAK STATUS LAYAK STR FASA 3
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
CARA PENYALURAN PEMBAYARAN STR FASA 3
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
| FASA STR | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| Fasa2 | 24 Mac 2025 |
| Fasa 3 | Tarikh bayaran belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
| Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]