CARA SEMAK BAKI MYKAD : CHECK BAYARAN SARA ONLINE
Setelah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan secara one-off (sekaligus) tidak lama lagi, seramai kira-kira 22 juta rakyat boleh mula menyemak baki yang ada dan boleh digunakan secara online (atas talian) yang telah disediakan untuk memudahkan lagi urusan penebusan bantuan Sumbangan SARA.
Bagaimanakah cara semak baki mykad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BARANG BANTUAN SARA : YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKASIH RM100 ONE OFF
CARA SEMAK BAKI MYKAD SARA ONE OFF 2025
Berikut merupakan cara semak baki Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK SENARAI BARANG BAKI MYKAD SARA ONE OFF
Bantuan SARA one-off yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk pembelian barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
TARIKH MASUK SARA ONE OFF
Pengkreditan Bantuan SARA One-off adalah bermula pada tarikh berikut :
TARIKH MASUK SARA |
---|
31 Ogos 2025 (Ahad). |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF :
- 03 8882 4565 / 4566.