KAD SISWA JOHOR : PERMOHONAN ONLINE & SYARAT KELAYAKAN

KAD SISWA JOHOR : PERMOHONAN ONLINE & SYARAT KELAYAKAN

Bantuan Kad Siswa Johor yang telah diperkenalkan kepada mahasiswa anak Johor yang berkelayakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan pemberian pinjaman kewangan disamping menerapkan perbelanjaan tanpa tunai (cashless) pada zaman yang moden ini. Kad ini bukan sekadar alat pembayaran tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat yang dirangka khusus untuk anak-anak Johor yang menuntut di IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti dan Politeknik.

Bagaimanakah Cara Memohon Kad Siswa? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

APA ITU KAD SISWA JOHOR

Kad Siswa Johor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sebagai satu usaha menyelaras semua bentuk bantuan dan pinjaman pendidikan untuk mahasiswa anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti, dan Politeknik.

Kad ini bukan sekadar kad debit biasa. Ia juga menawarkan pelbagai tawaran istimewa dan diskaun daripada syarikat terkemuka di Malaysia.

Antara syarikat tersebut termasuklah KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holding, Daily Fresh International Sdn. Bhd, Al-Ikhlas Gadget, Woodfire Burger (M) Sdn. Bhd, Farm Fresh Berhad, Badan Cemerlang Sdn.Bhd, Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd.

MANFAAT BANTUAN YAYASAN 2025

Kad ini menawarkan pelbagai keistimewaan. Antara manfaat utama termasuk:​

  • Diskaun sehingga 25% : Pemegang kad menikmati diskaun sehingga 25% di premis-premis terpilih yang bekerjasama dengan program ini, termasuk KPJ Healthcare, Pizza Hut, Legoland Malaysia.
  • Galakan Penggunaan Perbankan Digital : Kad ini juga berfungsi sebagai kad debit, menggalakkan penggunaan perbankan atas talian melalui payWave dan QRPay.
  • Bantuan Kewangan : Mahasiswa semester pertama yang layak menerima Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 yang disalurkan Bank Muamalat.

PANDUAN PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Kad Siswa Johor kini dibuka untuk semua penuntut anak Johor yang belajar di IPTA, KYPJ, Kolej Komuniti dan Politeknik.

Untuk pelajar IPTS pula, hanya mereka yang belajar sepenuh masa di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) sahaja yang layak mohon.

Pelajar yang berjaya dapat Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) atau Pinjaman Pelajaran YPJ akan terima kad ini secara automatik. Bantuan dan kad akan diberi melalui akaun Bank Muamalat yang dibuka khas untuk penerima SBP dan Pinjaman YPJ.

Pelajar lain yang tidak terima SBP atau Pinjaman YPJ, boleh dapatkan Kad Siswa Johor dengan buka akaun simpanan di mana-mana cawangan Bank Muamalat.

Permohonan kad ini boleh dibuat di cawangan Bank Muamalat atau melalui saluran lain yang akan diumumkan oleh YPJ nanti.

Syarat utama untuk mohon Kad Siswa Johor adalah :

  • Lahir ATAU menetap di Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Asasi di IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi atau IPTS di bawah KPYPJ.
  • Terbuka kepada semua tahun pengajian.
  • Tiada syarat pendapatan keluarga untuk Insentif Mahasiswa Johor (IMAJ).
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi YPJ https://bantuan-ypj.com/portal/.

Biasanya, permohonan dibuka sekitar April hingga Mei setiap tahun.

CARA MENGUNAKAN KAD SISWA JOHOR

Berikut adalah cara menggunakan Kad Johor agar anda dapat memaksimumkan kelebihannya :

  1. Aktifkan Kad di Bank Muamalat
    • Setelah menerima Kad Siswa Johor, anda perlu aktifkannya di mana-mana cawangan Bank Muamalat.
    • Akaun simpanan akan dibuka atas nama anda sama ada secara automatik (jika anda penerima Skim Bantuan Pendaftaran atau Pinjaman Pelajaran YPJ) atau anda perlu buka sendiri jika memohon di bank.
  2. Guna Sebagai Kad Debit & Pembayaran Tanpa Tunai.
    • Kad Siswa Johor ini juga bertindak sebagai kad debit. Anda boleh membuat bayaran di kedai, restoran, farmasi, dan tempat lain yang menerima kad debit. Ia juga menyokong fungsi payWave dan QRPay.
  3. Nikmati Diskaun di Premis Terpilih.
    • Kad ini memberikan potongan harga antara 5% hingga 25% di lebih daripada 10 syarikat yang bekerjasama dengan kami seperti KFC, Pizza Hut, Legoland Malaysia, KPJ Healthcare, Golden Screen Cinemas (GSC), Farm Fresh, dan lain-lain.
    • Untuk menikmati diskaun atau promosi istimewa, tunjukkan Kad Siswa Johor anda semasa membuat bayaran di kedai atau premis yang terlibat.
  4. Terima Bantuan & Insentif Pendidikan.
    • Untuk penerima Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pelajaran YPJ, wang bantuan akan terus dimasukkan ke dalam akaun Bank Muamalat anda yang disambungkan dengan Kad Siswa Johor. Anda boleh guna kad ini untuk keluarkan duit atau buat pembayaran seperti biasa.
  5. Guna untuk Pendaftaran & Urusan Rasmi.
    • Kad Siswa Johor juga sah sebagai pengesahan untuk menerima bantuan pendidikan dari kerajaan Johor. Ia juga membantu memudahkan pendaftaran di universiti atau kolej, serta di pusat khidmat wakil rakyat jika ada keperluan.

RUJUKAN

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Siswa Johor, sila layari :

Leave a Comment