LOGIN SARA : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan RM100 untuk SEMUA warganegara dewasa Malaysia yang boleh dibelanjakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di setiap kedai yang berdaftar untuk program ini.
Bagaimanakah login sara? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN LOGIN SARA
Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun, tanpa sebarang permohonan diperlukan dan akan disalurkan bermula pada 31 Ogos 2025.
MANFAAT SARA
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.
CARA SEMAK STATUS SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) LOGIN SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA UNTUK SEMUA:
- Siapa layak menerima SARA UNTUK SEMUA?
- SARA akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima SARA 2025 dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon SARA UNTUK SEMUA?
- SARA atau SARA RM100 One offakan disalurkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang layak melalui MyKad, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Adakah SARA UNTUK SEMUA boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA UNTUK SEMUA?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
- Bila boleh guna kredit SARA UNTUK SEMUA?
- Kredit SARA RM100 boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025, dan SAH digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025.