MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : ONLINE
Pada tahun 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah di naikkan sebanyak RM100 setiap bulan kepada setiap golongan penerima yang layak seperti isi rumah,warga emas tiada pasangan dan juga bujang, bantuan ini membolehkan golongan berkelayakan merasa sedikit sebanyak sumbangan ini.
Bagaimanakah Cara Semakan Mykasih Sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel ini.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH 2025 : ONLINE
APA ITU SARA
Program MyKasih 2025 adalah langkah penting oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar serta luar bandar. Dengan sistem semakan online yang mudah dan senarai barang yang jelas, penerima dapat menggunakan bantuan secara lebih efektif dan bertanggungjawab.
SEMAK INDIVIDU LAYAK MYKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
SEMAK KELAYAKAN MYKASIH SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYSTR
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT BANTUAN MYKASIH SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
SEMAKAN SENARAI BARANGAN MYKASIH SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]