EKASIH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE
Banyak manfaat yang diperolehi sekiranya rakyat yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa mendaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih. Antaranya dapat menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah bayaran yang tertinggi.
Bagaimanakah Cara Semakan Ekasih Sara? Ikuti info lajut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : CHECK SARA : 2025 ONLINE
APA ITU EKASIH SARA
eKasih adalah singkatan untuk eKasih Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan tambahan yang disalurkan kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih. Bantuan ini diberikan dalam bentuk tanpa tunai (cashless) untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar.
JUMLAH BAYARAN EKASIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dibayar kepada yang berdaftar eKasih adalah sebanyak jumlah berikut :
- RM600 dibayar kepada golongan Bujang;
- RM1,650 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
- RM2,100 dibayar kepada golongan Isi Rumah.
Berikut pula jumlah bayaran SARA yang bukan eKasih :
- RM450 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
- RM900 dibayar kepada golongan Isi Rumah.
TEMPOH BAYARAN EKASIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bukanlah dibayar sekaligus. Namun, ianya dibayar secara berperingkat pada setiap bulan selama tempoh berikut :
- Selama 12 bulan kepada penerima SARA yang daftar eKasih; dan
- Selama 9 bulan kepada penerima SARA yang bukan eKasih.
TARIKH BAYARAN EKASIH SARA
Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah pada tarikh berikut :
| TARIKH BAYARAN |
|---|
| 15 Januari 2025; 1 Februari 2025; 1 Mac 2025; 1 April 2025; 1 Mei 2025; 1 Jun 2025; 1 Julai 2025; 1 Ogos 2025; 1 September 2025; 1 Oktober 2025; 1 November 2025; 1 Disember 2025. |
CARA SEMAKAN EKASIH
Status pendaftaran eKasih perlu disemak seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh disemak seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]