CHECK SARA : 2025 ONLINE

CHECK SARA : 2025 ONLINE

Dengan pelaksanaan penambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kategori isi rumah yang berkelayakan akan menerima kadar bantuan lebih tinggi bagi menampung kos sara hidup bulanan dan meringankan beban setiap penerima yang layak.

Bagaimanakah Cara Check Sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA 2025 : ONLINE

CHECK SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
  • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.

PORTAL SEMAKAN STATUS SARA 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

CARA SEMAK STATUS SARA 2025

Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima mykasih sara online seperti berikut:

SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL MYSTR

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CHECK KATEGORI BARANGAN SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment