MYKASIH SEMAKAN 2025 TERBARU : SECARA ONLINE

MYKASIH SEMAKAN 2025 TERBARU : SECARA ONLINE

Kini segalanya dihujung jari sahaja yang boleh dilakukan secara atas talian (online) termasuk juga permohonan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang boleh dikemukakan secara atas talian (online) sekiranya pemohon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan mykasih 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BACAAN IPU 2025 : CARA SEMAK INDEKS PENCEMARAN UDARA JEREBU TERKINI

APA ITU MYKASIH 2025 TERBARU

MYKASIH 2025, atau juga dikenali sebagai Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), adalah inisiatif bantuan kerajaan Malaysia yang bekerjasama dengan Yayasan MyKasih.Tujuannya adalah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dengan menyediakan bantuan kewangan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025 TERBARU

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon Bantuan SARA MyKasih 2025 :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah;
    • Bujang; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berdaftar dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Asas Bukan Miskin STR :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.

PANDUAN PERMOHONAN MYKASIH 2025 TERBARU

Ikuti panduan permohonan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

CARA PENDAFTARAN MYKASIH

Bagi individu yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa boleh mendaftarkan diri seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

SEMAKAN SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025 TERBARU

Berikut merupakan senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad :

  • Beras :
    • Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti :
    • Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur :
    • Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak :
    • Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung :
    • Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut :
    • Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera :
    • Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman :
    • Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin :
    • Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa :
    • Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan :
    • Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan :
    • Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan :
    • Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]

Leave a Comment