SEMAKAN BACAAN IPU 2025 : CARA SEMAK INDEKS PENCEMARAN UDARA JEREBU TERKINI
Jerebu mula melanda beberapa kawasan akibat kebakaran hutan di Sumatera.Cuaca yang panas dan kering menyukarkan usaha pemadaman api, dan fenomena ini dijangka berlarutan sehingga awal Ogos. JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.
Bagaimanakah cara semakan bacaan ipu 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : TARIKH STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BACAAN INDEKS IPU 2025
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan lima bahan pencemar udara di atas. Ia bagi menunjukkan status kualiti udara dan hubungan kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk tindakan seterusnya.

SUMBER GAMBAR : MYEQMS/APIMS
GEJALA KESIHATAN KERANA JEREBU
Setiap individu perlu mengambil tahu tentang indeks pencemaran (IPu) yang boleh menyebabkan gejalan kesihatan seperti berikut :
- Terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk berkahak,
- Hidung berair dan kerap bersin,
- Terasa sukar untuk bernafas dan sesak nafas,
- Mata terasa pedih dan berair,
- Kulit badan terasa gatal-gatal,
- Terasa sakit dada.
TINDAKAN SEMASA JEREBU
Apabila indeks jerebu meningkat, persiapan perlu dilakukan seperti berikut :
- Kurangkan aktiviti luar rumah dan cuba berada didalam bangunan
- Pakai penutup muka (face mask) yang sesuai jika keluar rumah,
- Pastikan udara didalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dan kurangkan sumber pencemaran seperti asap rokok,
- Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,
- Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar rumah.
Nota* : Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya merasa diri tidak sihat atau sakit.
SEMAKAN BACAAN NEGERI IPU 2025 TIDAK SIHAT
Berdasarkan data dari MyEQMS, setakat pukul 8 pagi, 21 Julai 2025, berikut adalah catatan nilai IPU untuk negeri-negeri di Malaysia.
- INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
| 0-50 BAIK | 51-100 SEDERHANA | 101-200 TIDAK SIHAT | 201-300 SANGAT TIDAK SIHAT | LEBIH 300 BERBAHAYA |
| NEGERI | LOKASI | BACAAN |
|---|---|---|
| MELAKA | ALOR GAJAH | 159 |
| NEGERI SEMBILAN | NILAI | 158 |
| PAHANG | TEMERLOH | 156 |
| SELANGOR | BANTING | 155 |
| SELANGOR | JOHAN SETIA | 152 |
| WP KUALA LUMPUR | CHERAS | 152 |
| TERENGGANU | KEMAMAN | 152 |
| WP KUALA LUMPUR | PUTRAJAYA | 123 |
| MELAKA | BUKIT RAMBAI | 103 |
| PAHANG | BALOK BARU | 98 |
| NEGERI SEMBILN | PORT DICKSON | 92 |
| TERENGGANU | KUALA TERENGGANU | 92 |
RUJUKAN
Sebarang info tentang bacaan IPU Malaysia, anda boleh melayari pautan dibawah seperti berikut :
- Pautan portal AQICN : https://aqicn.org/map/malaysia/wilayah-persekutuan/putrajaya/
- Pautan portal APIMS : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main