NIAT KORBAN LEMBU : DIRI SENDIRI, KELUARGA, ORANG LAIN
Ibadah Korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq. Lazimnya, di Malaysia acara penyembelihan ternakan korban ini dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya ataupun rumah persendirian. Ibadah korban boleh memupuk jati diri seseorang agar lebih mempunyai sifat bersyukur dan merendah diri.
Bagaimanakah Cara Niat Korban Lembu? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : DR AZIZAN OSMAN BIODATA (LATAR BELAKANG)
MAKNA IBADAH KORBAN
Ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang ternakan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ibadah ini mengingatkan umat Islam akan ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS atas perintah Allah SWT.
Sabda Rasulallah SAW,
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.
NIAT SAH KORBAN LEMBU
Mengikut Mufti WP, terdapat dua cara niat yang boleh di hafal iaitu adalah seperti berikut :
- Pemilik atau peserta korban berniat sendiri.
- Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang atau ketika akad jual beli. Maka dia berniat “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban.” Atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban.”
- Ketika dia menyembelih haiwan korbannya (sembelih sendiri).
- Ketika haiwan korban sedang disembelih (disembelih oleh wakil).
- Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan dikorbankan.
- Niat oleh wakil iaitu berlaku dalam dua keadaan:
- Peserta mewakilkan tukang sembelih berniat bagi pihaknya ketika sembelih.
- Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

Sumber Rujukan : JAKIM PDF
HUKUM MELAKUKAN KORBAN
Terdapat dua hukum yang membolehkan untuk melakukan ibadah korban seperti berikut:
- Sunat muakkad
- Bermaksud sekiranya seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
- Sunat kifayah
- Sekiranya isi rumah lebih dari seorang dan mereka adalah di bawah tanggungan wajib salah seorang dari mereka maka jika korban dilakukan oleh salah seorang dari mereka yang mukallaf maka gugur tuntutan dari yang lain dan gugur hukum makruhnya. Namun pahala korban hanya akan diperoleh oleh orang yang melakukan korban melainkan sekiranya dia meniatkan pahala untuk orang yang lain.
SYARAT SAH KORBAN LEMBU
Syarat sah korban lembu merangkumi dua perkara seperti berikut :
- Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu niat korban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan korban.
- Memilih ternakan korban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biribiri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.
HUKUM SAH HAIWAN KORBAN
Terdapat 4 syarat sah seperti berikut :
- Haiwan ternakan sahaja
- Sihat dan bebas daripada sebarang penyakit
- Tidak cacat
- Minimum umur haiwan ternakan yang dibenarkan untuk korban.
JENIS KORBAN
Korban terbahagi kepada 2 iaitu :
- Korban Nazar (wajib)
- Korban Sunat
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
Terdapat dua cara pembahagian iaitu seperti berikut :
Pembahagian daging korban wajib atau nazar
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
Pembahagian daging korban sunat:
- 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
- 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
- 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Sebelum melaksanakan pengagihan daging korban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian korban wajib daripada daging bahagian korban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.
PERKARA SUNAT KETIKA MELAKUKAN IBADAH KORBAN LEMBU
- Menambat ternakan korban menjelang Hari Nahar.
- Memberi makanan kepada haiwan korban sebelum disembelih.
- Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan yang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan korban.
- Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan korban supaya dapat merasakan kepentingan korban. Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri.
- Membaca Bismillah.
- Berselawat ke atas Nabi SAW. P
- Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah qiblat.
- Memilih haiwan ternakan yang paling baik.
- Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan baharulah dilapah.
- Orang yang melakukan korban disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berkorban.
PERKARA MAKRUH DALAM IBADAH KORBAN
- Melakukan qurban ke atas haiwan yang carik telinganya atau terpotong sedikit di belakang telinganya.
- Memotong bulu haiwan yang hendak diqurbankan bagi tujuan kegunaan sendiri jika boleh memudaratkannya.
- Melakukan qurban ke atas haiwan yang pecah atau patah tanduknya, atau tiada bertanduk.
- Memerah susu haiwan yang hendak dijadikan qurban dan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut.
- Memotong kuku dan bercukur bagi orang yang berniat qurban.
- Melakukan sembelihan qurban pada waktu malam.
KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN LEMBU
Kesilapan dalam ibadah korban dikategorikan seperti berikut :
- Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah Kerja [SALAH]
- Menjadikan daging sembelihan korban (udhiyah) sebagai upah kepada mereka yang terbabit menjalankan kerja-kerja korban seperti tukang sembelih, tukang lapah dan lainnya bererti menjual daging membeli tenaga kerja
- Mengambil Daging Korban Tanpa Izin
- Daging korban adalah milik pembuat korban, bukan milik masjid, surau dan seumpamanya. Pihak pengurusan masjid, surau atau pihak penganjur majlis ibadah korban dilarang bertindak sesuka hati mengagihkan daging korban kepada sesiapa sahaja tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu dari pemilik sebenar daging korban.
- Menguruskan sembelihan dengan cara yang kejam tanpa ihsan kepada haiwan sembelihan.
- Sifat ihsan atau simpati diwajibkan ke atas kita ketika menguruskan haiwan sembelihan terutamanya korban yang merupakan ibadah kepada ALLAH.
- Menggunakan Harta Orang Ramai Untuk Korban
- Ibadah korban tidak terlaksana dari haiwan korban yang berupa harta kerajaan, institusi tertentu, badan-badan korporat atau tabung orang ramai dan seumpamanya, melainkan jika haiwan korban itu dari wang individu tertentu sama ada individu dari dalam kerajaan, syarikat atau seumpamanya. Adapun mengambil harta awam atau pihak lain yang tidak dikhususkan untuk ibadah korban, maka itu menyalahi pensyariatan korban.
RUJUKAN
Artikel diatas adalah sumber rujukan daripada pelbagai sumber yang diberikan seperti berikut :
- GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN – JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
- IRSYAD FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-55 : HUKUM NIAT AWAL SEBELUM HARI SEMBELIHAN KORBAN – MUFTI WP