DR AZIZAN OSMAN BIODATA (LATAR BELAKANG)
Ramai yang mengenali Icon terpengaruh dalam bidang perniagaan mahupun bidang keusahawan iaitu Dr Azizan Osman didalam negara kita. Beliau merupakan pengasas ataupun founder kepada syarikat yang diberi nama Richworks International iaitu sebuah syarikat latihan dan konsultasi perniagaan sejak tahun 2008 lagi.
Bagaimanakah Cara semak biodata Dr Azizan Osman? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : JADUAL MAKAN DIET IF : PALING BERKESAN
SIAPA DR AZIZAN OSMAN
Azizan Osman atau juga dikenali sebagai Datuk Wira Dr. Azizan bin Osman terkenal sebagai mentor, jurulatih kejayaan dan pakar strategi pemasaran yang berjaya membimbing ramai individu serta membina ribuan usahawan jutawan di Malaysia dan rantau ini.
Azizan memulakan kerjaya dalam dunia korporat sebagai wakil broker saham sebelum meneruskan pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran di Appco Group.
BIODATA LENGKAP DR AZIZAN OSMAN
Latar belakang Dr Azizan Osman adalah sepert berikut :
| Nama Penuh: Datuk Wira Dr. Azizan bin Osman |
| Tarikh Lahir: 14 November 1974 |
| Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan |
| Pendidikan: Ph.D. dalam Pengurusan Perniagaan dari Asia e University |
| Kerjaya: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif RichWorks International |
| Pendidikan: -Sekolah Rendah: SJKC Pontian, Johor & Sekolah Agama Johor -Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Cina (Swasta) Pay Fong, Melaka -Diploma Analisis Pelaburan, UiTM Johor -Ijazah Sarjana (MScM), University of Salford, Manchester, UK -PhD, Asia e University (Malaysia) -Chartered Management Accountant (CIMA, UK) -Fellowship Chartered in Marketing (FCIM, UK) -Pernah mengikuti program di Kellogg School of Management (Northwestern University, USA) & Columbia Business School (USA) |
| Anugerah & Pengiktirafan: – Chairman’s International Platinum Award (Appco Group) – World Class Credential Master Coach, International Coach Guild Australia – Dilantik sebagai Profesor di Innovative University College (IUC) pada Disember 2024 |
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN DR AZIZAN OSMAN
Pada Oktober 2020, sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’.

Sumber Gambar : Ecentral
Pada tahun 2017, Azizan mendapat pengiktirafan Master Coach Bertaraf Dunia yang berprestij oleh International Coach Guild (ICG) Australia atas pengalaman dan kerja beliau dalam latihan dan bimbingan selain kejayaannya untuk mengubah individu dan perniagaan melalui strategi hasil yang berkesan dan metodologi kejurulatihan yang inovatif.
Beliau juga menerima pengiktirafan berikut sepanjang tahun:
- Nona Superhero Award – Nona Men’s Business Mentor Award 2021
- The Brand Laureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020
- Top 50 Marketing & Advertising Leaders Award by MADCon Marketing and Advertising Conference 2019 in Dubai
- Entrepreneur Influencer of the Year by Malaysia SME & Entrepreneurs Business Awards 2019
- Master Entrepreneur Creators by Malaysia SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition
- The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award by Entrepreneur Insight 2017
- Best Business Mentorship Provider for Regional Brands by Asia Halal Brand Awards 2017
RUJUKAN
RichWorks kekal sebagai antara peneraju utama dalam bidang latihan keusahawanan di Malaysia, dengan Azizan Osman memainkan peranan penting dalam membimbing dan membangunkan usahawan tempatan.
- Sumber : Ecentral
- Richworks International