JADUAL MAKAN DIET IF : PALING BERKESAN

JADUAL MAKAN DIET IF : PALING BERKESAN

Dalam menu diet pemakanan, terdapat satu cara yang dipaling Intermittent Fasting iaitu salah satu dari jenis diet yang popular dan diamalkan oleh kebanyakan orang diseluruh dunia kerana keunikan dan kelebihan yang ada padanya berbanding kaedah diet yang lain.

Bagaimanakah cara makan diet if? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA DIET YANG BETUL TANPA BERSENAM

APA ITU DIET IF

Diet IF atau Intermittent Fasting adalah amalan diet yang popular yang terdiri dari penyusunan pemakanan mengikut jadual yang bergilir-gilir antara waktu makan dan waktu untuk berpuasa.

Selalunya, tempoh ini berlaku antara 12 dan 40 jam. Minuman tanpa kalori seperti air dan kopi adalah dibenarkan semasa diet tetapi makanan atau minuman yang mengandungi kalori tidak dibenarkan sama sekali.

Contohnya, jika anda selesai makan malam pada pukul 7 malam hari Isnin. Maknanya, anda tidak boleh lagi makan sehingga pukul 7 malam hari Selasa.

Sesetengah orang ada juga yang memilih untuk berpuasa dari sarapan pagi hingga sarapan pagi atau makan tengah hari hingga makan tengah hari. Kaedahnya bergantung kepada masa setiap individu itu sendiri.

JENIS MAKAN DIET IF

Diet If yang popular dilakukan oleh kebanyakan orang adalah seperti berikut :

  • Time-restricted eating:
    • Melibatkan puasa setiap hari selama 12 jam atau lebih lama. Contoh yang popular ialah kaedah 16/8. Iaitu 16 jam puasa setiap hari dan baki 8 jam untuk makan.
  • The 5:2 diet:
    • Makan seperti biasa setiap 5 hari dalam seminggu dan mengehadkan pengambilan kalori kepada 500 – 600 pada baki 2 hari itu.
  • Eat stop eating:
    • Melibatkan puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu.
  • Alternate-day fasting:
    • Puasa berganti hari dengan matlamatnya adalah berpuasa setiap hari.
  • The warrior diet:
    • Diet yang mengamalkan puasa sekejap. Ia memerlukan anda untuk makan sedikit buah-buahan dan sayur-sayuran mentah pada waktu siang dan makan satu hidangan besar pada waktu malam.

INDIVIDU YANG TIDAK SELAMAT DIET IF

Tidak semua orang boleh mengamalkan diet if seperti berikut :

  1. Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun
  2. Wanita yang mengandung atau menyusu
  3. Orang yang menghidap  diabetes jenis 1 yang mengambil insulin
  4. Individu yang mempunyai sejarah gangguan makan

KESALAHAN KETIKA MAKAN DIET IF

Dalam kebaikan mestilah mempunyai keburukannya adalah seperti berikut :

  • Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal lain
  • Bergantung sepenuhnya pada amalan diet sahaja
  • Tidak puasa sepenuhnya (contohnya: minum air bergula atau berkarbonat)
  • Tidak mematuhi jadual makan atau batas kalori yang telah ditetapkan

KELEBIHAN DIET INTERMITTENT FASTING

Antara kelebihannya adalah seperti berikut :

  • Penurunan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Regulasi gula dalam darah
  • Mengurangkan tekanan oksidatif
  • Membantu mencegah kanser
  • Memanjangkan jangka hayat
  • Mencegah Penyakit Elzheimer

RUJUKAN

Artikel diatas adalah info yang dirujuk berdasarkan apa yang di berikan oleh pihak seperti berikut :

Leave a Comment