NIAT KORBAN UNTUK KELUARGA : PANDUAN LENGKAP CARA LAFAZ

NIAT KORBAN UNTUK KELUARGA : PANDUAN LENGKAP CARA LAFAZ

Pada hari raya aidiladha, ibadah korban antara amalan sunat yang dianjurkan dalam islam, ia dilakukan sama ada di ruangan terbuka seperti perkarangan masjid, padang awam, balai raya atau rumah persendirian yang mana ibadah ini membolehkan merapatkan hubungan silaturahim sesama manusia dan juga menguatkan lagi jati diri dalam mengukuhkan islam didalam hati.

Bagaimanakah Cara Niat Korban Untuk Keluarga? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : NIAT KORBAN LEMBU : DIRI SENDIRI, KELUARGA, ORANG LAIN

APA ITU IBADAH KORBAN

Perkataan qurban berasal dari bahasa arab yakni qariba – yaqribu – qurban yang artinya dekat. Dalam kata lain, qurban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah. Qurban juga disebutkan sebagai al-udhhiyyah (أضحية) yang bermaksud binatang sembelihan seperti unta, kerbau, lembu, kambing yang disembelih pada hari raya Aidiladha (10 zulhijjah) selepas solat hari raya dan hari-hari tasyriq (11, 12,13 zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ibadah ini mengingatkan umat Islam akan ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS atas perintah Allah SWT.

NIAT SAH KORBAN LEMBU UNTUK KELUARGA

Mengikut Mufti WP, terdapat dua cara niat yang boleh di hafal iaitu adalah seperti berikut:

  1. Pemilik atau peserta korban berniat sendiri.
    • Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang atau ketika akad jual beli. Maka dia berniat “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban.” Atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban.”
    • Ketika dia menyembelih haiwan korbannya (sembelih sendiri).
    • Ketika haiwan korban sedang disembelih (disembelih oleh wakil).
    • Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan dikorbankan.
  2. Niat oleh wakil iaitu berlaku dalam dua keadaan:
    • Peserta mewakilkan tukang sembelih berniat bagi pihaknya ketika sembelih.
    • Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

Terdapat dua hukum yang membolehkan untuk melakukan ibadah korban seperti berikut:

  • Sunat muakkad
    • Bermaksud sekiranya seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
  • Sunat kifayah
    • Sekiranya isi rumah lebih dari seorang dan mereka adalah di bawah tanggungan wajib salah seorang dari mereka maka jika korban dilakukan oleh salah seorang dari mereka yang mukallaf maka gugur tuntutan dari yang lain dan gugur hukum makruhnya. Namun pahala korban hanya akan diperoleh oleh orang yang melakukan korban melainkan sekiranya dia meniatkan pahala untuk orang yang lain.

SYARAT SAH KORBAN LEMBU

Syarat sah korban lembu merangkumi dua perkara seperti berikut :

  • Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu niat korban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan korban. 
  • Memilih ternakan korban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang.  Manakala kambing atau biribiri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.

HUKUM SAH NIAT KORBAN UNTUK KELUARGA

Terdapat 4 syarat sah seperti berikut :

  • Haiwan ternakan sahaja
  • Sihat dan bebas daripada sebarang penyakit
  • Tidak cacat
  • Minimum umur haiwan ternakan yang dibenarkan untuk korban.

RUJUKAN

Artikel diatas adalah sumber rujukan daripada pelbagai sumber yang diberikan seperti berikut :


Leave a Comment