SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan asas untuk menyokong kelangsungan hidup.

Bagaimanakah semakan sara mykasih? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : LOG MASUK MYSARA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE

SIAPA LAYAK SARA MYKASIH

Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun, tanpa sebarang permohonan diperlukan dan akan disalurkan bermula pada 31 Ogos 2025.

MANFAAT SARA MYKASIH

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

SENARAI BARANGAN SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

CARA SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025 di Portal MyKasih.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment