SEMAKAN SARA RM100 MYKAD : 2025 ONLINE

SEMAKAN SARA RM100 MYKAD : 2025 ONLINE

SARA merupakan bantuan khas yang diberikan kepada setiap individu yang berstatus isi rumah, warga emas tiada pasangan dan juga bujang akan tetapi pada 31 Oktober 2025, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penghargaan sebanyak RM100 secara One Off kepada semua warga yang berumur 18 tahun keatas.

Bagaimanakah cara semakan sara rm100 mykad? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 SARA : 2025 ONLINE

SYARAT SARA RM100 MYKAD

Kelayakan penerima bantuan SARA RM100 ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH KREDIT SARA RM100 MYKAD

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke IC atau MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

BARANGAN SARA RM100 MYKAD

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

CARA SEMAKAN SARA RM100 MYKAD

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SOALN LAZIM MENGENAI SARA RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
    • Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment