SEMAKAN STATUS SARA EKASIH (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS SARA EKASIH (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diperuntukan sebagai bantuan tambahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan khususnya bagi keluarga yang tersenarai dalam rekod data eKasih.

Bagaimanakah semak status SARA eKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAK STATUS

APA ITU SEMAKAN STATUS SARA EKASIH

SARA eKasih adalah singkatan untuk Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam membeli keperluan asas.

SEMAK JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH

Penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak jumlah berikut :

PENERIMA SARA
DAFTAR EKASIH
PENERIMA SARA
BUKAN EKASIH
ISI RUMAH : RM2,100ISI RUMAH : RM900
WARGA EMAS : RM1,650WARGA EMAS : RM450
BUJANG : RM600BUJANG : –

*NOTA : Jumlah di atas bukan dibayar sekaligus. Namun, ianya dibayar secara ansur setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan.

JUMLAH BAYARAN SARA EKASIH

Bayaran Bantuan SARA eKasih dilaksanakan mengikut jadual berikut :

TARIKH BAYARAN SARAPENERIMA DAFTAR EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Bayaran Sesi 1 :
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50–
Bayaran Sesi 2 :
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)9
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50

CARA BAYARAN SARA EKASIH

Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah sama seperti berikut :

  • CARA BAYARAN KEPADA PENERIMA DISEMENANJUNG
    • Dibayar secara tanpa tunai terus ke dalam akaun kad pengenalan penerima.
  • CARA BAYARAN KEPADA PENERIMA SABAH DAN SARAWAK
    • Dibayar secara tanpa tunai terus ke dalam akaun kad pengenalan penerima.

SEMAKAN STATUS SARA EKASIH

Berikut merupakan cara semakan status penerima SARA dan pendaftaran eKasih :

Ikuti Cara Semak Status Penerima SARA :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Ikuti Cara Semak Status Pendaftaran eKasih :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian, masukkan nombor kod kaptcha yang diberikan dengan betul.
  4. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
  • Talian eKasih : 603 8000 8000
  • Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.

Leave a Comment