SEMAKAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS
Sumbangan asas rahmah (SARA) yang diberi nama Mykasih boleh disemak secara atas talian melalui laman rasmi, bantuan ini dapat membantu pelbagai golongan yang kurang berkemampuan seperti Isi rumah, Warga emas dan juga bujang B40 setiap bulan pada tahun ini.
Bagaimanakah cara semakan mykasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN
APA ITU MYKASIH 2025 ONLINE
MyKasih, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk membeli keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima dan boleh digunakan di pasar raya yang bekerjasama dengan program MyKasih.
SYARAT PERMOHONAN MYKASIH
Bantuan MyKasih (SARA) adalah untuk yang memenuhi syarat berikut :
- Ketua isi rumah warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.
*Serta lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah.
CARA PERMOHONAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) disalurkan khas kepada penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, permohonan perlu dilakukan melalui pautan berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Pilih [Status Perkahwinan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN MYKASIH 2025 ONLINE
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih online :
- 01 April 2025 (Selasa).
- 01 Mei 2025 (Khamis).
- 01 Jun 2025 (Ahad).
- 01 Julai 2025 (Selasa).
- 01 Ogos 2025 (Jumaat).
- 01 September 2025 (Isnin).
- 01 Oktober 2025 (Rabu).
- 01 November 2025 (Sabtu).
- 01 Disember 2025 (Isnin).
CARA PENYALURAN MYKASIH 2025
Penyaluran Bantuan MyKasih (SARA) adalah melalui cara berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
- Penerima Sabah dan Sarawak :
- Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel :[email protected]