SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA ONLINE
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad kini diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bagi memudahkan penerima untuk terus membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai di premis yang terpilih.
Bagaimanakah Cara Semakan Status Sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU SARA MYKASIH
SARA MyKasih, atau nama penuhnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kerajaan yang disalurkan melalui program MyKasih. Bantuan ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih, bertujuan untuk membantu mereka membeli barangan keperluan asas.Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai, iaitu dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA MYKASIH
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN STATUS EKASIH |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM200/BULAN | RM150/BULAN |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM150/BULAN | RM50/BULAN |
BUJANG | RM150/BULAN | – |
SEMAKAN STATUS LAYAK SARA MYKASIH
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]