SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Mungkin dengan adanya bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara ansur pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah, ianya dapat digunakan oleh rakyat yang memerlukan untuk pelbagai bentuk kegunaan.

Bagaimanakah cara semakan status str? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : LOGIN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE

APA ITU STR

STR 2025 adalah singkatan untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2025, iaitu sebuah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.STR 2025 adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN STATUS STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA SEMAK STATUS STR 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kadar kelayakan untuk penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
ISI RUMAH
BERPENDAPATAN BAWAH
RM2,500
0 anak : RM150.
1 – 2 anak : RM350.
3 – 4 anak : RM500.
5 ke atas : RM650.
ISI RUMAH
BERPENDAPATAN RM2,500
HINGGA RM5,000
0 anak : RM100.
1 – 2 anak : RM200.
3 – 4 anak : RM250.
5 ke atas : RM350.
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM150
BUJANGRM150

CARA AGIHAN BAYARAN STR 2025

Cara agihan bantuan kepada penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (Fasa 3) adalah seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment