LOGIN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE

LOGIN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 membolehkan seramai hampir 9 juta penerima layak menerima bantuan untuk menampung kos sara hidup yang disalurkan secara berfasa kepada golongan isi rumah, warga emas tiada pasangan dan juga bujang.

Bagaimanakah Cara login str? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK STATUS EKASIH 2025 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT LOGIN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA SEMAK STATUS STR 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Kadar kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
ISI RUMAH
Berpendapatan bawah RM2,500
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 5 Anak : RM 2,000
5 Anak dan Ke atas: RM 2,500
ISI RUMAH
Berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM 5,00
1 hingga 2 Anak : RM 7,00
3 hingga 5 Anak : RM 1,000
5 Anak dan Ke atas: RM 1,250
Warga emas
tiada pasangan
RM150
BujangRM150

KAEDAH AGIHAN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Bantuan STR akan disalurkan seperti berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment