SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK : 2025 ONLINE
Sekali sahaja dalam sebulan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar kepada 5.4 juta penerima yang disahkan ‘Layak’ yang merupakan golongan Isi Rumah, Warga Emas dan juga golongan bujang yang memerlukan.
Bagaimakah Cara Semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CEK MYKASIH : 2025 ONLINE
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar, yang tersenarai dalam eKasih.Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka membeli keperluan asas dengan menggunakan sistem MyKasih.
SEMAK KELAYAKAN SARA
Kelayakan penerima Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Baki Bantuan SARA perlu disemak secara online melalui aplikasi mudah alih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK SENARAI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan setiap bulan dalam kad pengenalan adalah untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.