EKURNIA KELANTAN : SISTEM PENGURNIAAN KEHORMATAN KEBESARAN NEGERI KELANTAN
E-Kurnia bukan sekadar inovasi digital, tetapi juga simbol adaptasi teknologi dalam mengekalkan martabat warisan diraja secara lebih tersusun, inklusif dan telus di Kelantan, proses istiadat yang dahulu bersifat manual dan tradisional kini mengalami transformasi besar melalui sistem e-Kurnia ; satu platform digital rasmi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Bagaimanakah Semakan Ekurnia Kelantan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN SWITCH YAYASAN SARAWAK 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAPTOP PERCUMA
APA ITU EKURNIA KELANTAN
e-Kurnia Kelantan ialah salah satu sistem dalam talian yang menguruskan pencalonan dan pengurusan seperti :
- Darjah kebesaran
- Bintang dan pingat kehormatan
- Surat Kepujian
- Pelantikan Jaksa Pendamai (JP)
Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan lagi urusan pentadbiran, mempercepatkan proses semakan serta memastikan ketelusan dalam penganugerahan yang selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh integriti dan profesionalisme institusi kehormatannya.
TARIKH PERMOHONAN EKURNIA
Bagi sesi penganugerahan tahun 2025, berikut ialah tarikh penting yang perlu diambil perhatian:
| TARIKH PEMBUKAAN PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HARDCOPY |
|---|---|---|
| 15 Mei 2025 | 15 Jun 2025 | 22 Jun 2025 |
KATEGORI ANUGERAH DAN DARJAH KEBESARAN E-KURNIA
Antara darjah kehormatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Al-Yunusi
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.)
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (S.J.M.K.)
- Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (S.P.K.K.)
- Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan (S.P.J.K.)
- Surat Kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai (JP)
Setiap anugerah memiliki syarat dan kriteria tersendiri, termasuk tahap sumbangan kepada negeri, latar belakang perkhidmatan awam atau swasta, dan pencapaian dalam bidang tertentu seperti kemasyarakatan, pendidikan, atau keselamatan.
KELEBIHAN UTAMA SISTEM EKURNIA KELANTAN
Kelebihan yang perlu anda tahu ialah seperti berikut :
- Akses Dalam Talian Penuh
- Pemohon boleh mengakses sistem 24/7 melalui Laman Rasmi E-kurnia, dengan proses yang serba pantas, tanpa keperluan hadir ke pejabat secara fizikal.
- Urusan Lebih Telus
- Setiap pencalonan melalui sistem ini direkodkan dengan rapi, sekaligus mengurangkan risiko penyelewengan atau pencalonan berganda.
- Mesra Pengguna
- Antaramuka sistem dibina dengan reka bentuk yang intuitif dan mudah difahami, sesuai untuk digunakan oleh pegawai kerajaan, NGO, atau orang awam yang layak mencalonkan individu.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status darjat dan maklumat tambahan berkenaan Ekurnia Kelantan boleh diperoleh dengan menghubungi:
- Telefon ditalian – 09 748 1957
- Faks ditalian- 09 747 7105
- Laman Rasmi – Ekurnia Kelantan