SEMAKAN SWITCH YAYASAN SARAWAK 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAPTOP PERCUMA
Yayasan Sarawak telah melancarkan satu inisiatif penting untuk menyokong pelajar dari negeri tersebut dalam era pembelajaran digital melalui pemberian laptop percuma dari Switch, inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar, terutamanya mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Bagaimanakah Cara Semak Switch Yayasan Sarawak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA REGISTER KAD PERAK : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN ONLINE
MISI YAYASAN SARAWAK
Yayasan Sarawak sentiasa komited dalam memacu pembangunan pendidikan di negeri Bumi Kenyalang, melalui pelbagai program dan bantuan, Yayasan Sarawak berusaha untuk menyediakan peluang terbaik kepada anak-anak Sarawak, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
KENAPA YAYASAN SARAWAK PILIH SWITCH
Antara sebab Yayasan Sarawak pilih Switch adalah:
- Satu langkah proaktif dalam merapatkan jurang digital dan memastikan pelajar-pelajar Sarawak dilengkapi dengan alat pembelajaran yang terkini dan berkuasa.
- Switch, sebagai jenama yang sinonim dengan kualiti dan inovasi dalam dunia teknologi.
- Dapat melancarkan proses penebusan laptop ini dengan lancar dan efisien.
- Pelajar dapat mengakses sumber seperti jurnal akademik, e-buku, dan sistem pembelajaran universiti, serta memudahkan mereka menyiapkan tugasan dan berkomunikasi secara efektif dengan pensyarah serta rakan sekelas.
SYARAT KELAYAKAN SWITCH YAYASAN SARAWAK
Yayasan Sarawak menyediakan syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT KELAYAKAN SWITCH YAYASAN SARAWAK |
|---|
| – Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM1,500. – Warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak. – Pelajar sepenuh masa tahun pertama di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia. |
KAEDAH PENEBUSAN SEMAKAN SWITCH YAYASAN SARAWAK
Cara penebusan laptop percuma di switch boleh dilakukan seperti berikut :
- Buka aplikasi Sarawak Pay di telefon pintar anda.
- Kunjungi cawangan Switch yang terlibat.
- Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses penebusan.
- Terima laptop percuma anda.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my/. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas:
- Telefon: 6082-441686
- Emel: [email protected]
- Alamat: Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak