SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025

Kerajaan memperkenalkan inisiatif berkonsepkan Payung Rahmah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan bantuan yang sewajarnya dalam mengatasi cabaran kos sara hidup.

Bagaimanakah buat semakan Bantuan Tunai Rahmah STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
  2. Kategori Warga Emas :
    • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
  3. Kategori Bujang :
    • Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 perlu disemak melalui laman sesawang yang rasmi seperti berikut :

  1. Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
  3. Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, masukkannombor kad pengenalanpemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
  5. Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  6. Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
  7. Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
  9. Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
  10. Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
  11. ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN STR 2025

Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :

  • PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
    • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
    • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

TARIKH BAYARAN FASA 3 2025

Berikut merupakan jadual bayaran semakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa ke-3 :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Belum diumumkan secara rasmi
sebarang kemaskini akan diumumkan
Kredit ke dalam akaun bank penerimaBelum diumumkan secara rasmi
sebarang kemaskini akan diumumkan

*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment