SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Hasil kepada rakyat adalah melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa dan dua (2) fasa telah selesai dilaksanakan. Kini fasa yang ketiga (3) bakal dilaksanakan tidak lama lagi kepada lebih 8.5 juta penerima.
Bagaimanakah semakan Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 perlu disemak melalui laman sesawang yang rasmi seperti berikut :
- Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
- Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkannombor kad pengenalanpemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
- Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
- Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
- Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
- ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
- Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Bayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 dianggarkan mengikut jumlah seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 3 |
|---|---|
| Isi rumah B40 (Berpendapatan bawah RM2,500) | Tiada anak : RM150 1 / 2 anak : RM350 3 / 4 anak : RM500 5 & ke atas : RM650 |
| Isi rumah M40 (Berpendapatan RM2,501-RM5,000) | Tiada anak : RM100 1 / 2 anak : RM200 3 / 4 anak : RM250 5 & ke atas : RM300 |
| Warga Emas (Bujang) | RM150 |
| Bujang | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR
Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :
- PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
TARIKH BAYARAN FASA 3 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Belum diumumkan secara rasmi sebarang kemaskini akan diumumkan |
| Kredit ke dalam akaun bank penerima | Belum diumumkan secara rasmi sebarang kemaskini akan diumumkan |
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]