MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Objektif utama pemberian Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas selain daripada barangan seperti produk kebersihan, peralatan pendidikan serta ubat-ubatan.
Bagaimanakah cara semakan status SARA Mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA PENDAFTARAN PERAK PRIHATIN 2025 (PANDUAN LENGKAP)
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
| PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
|---|---|
| Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
| Lulus dan penerima sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
| Kategori bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan | Kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan |
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN BARANGAN SARA MYKASIH
Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]